10 laluan kita Jeling-jeling, Pandang-pandang...
1. Laluan Menuju ke Kubur
* Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
* Hindarkan perasaan irihati (benci)
* Jangan teroengaruh dengan emas/ perak
* Sucikan qada' hajat dengan istibra (berak/ kencing)
2. Laluan untuk Berjumpa Izrail
* Bersihkan diri dengan bertaubat
* Gembirakan hati orang mukmin
* Bayar semula qada' yang tertinggal
* Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala
3. Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir
* Mengucap dua kalimah syahadah
* Suka memberi sedekah
* Berkata benar
* Bersihkan dan perbaiki hati
4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dengan yang sedikit
* Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah
5. Laluan Memantapkan Amalan
* Jauhkan perkataan yang sia-sia
* Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji-pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan akhirat
6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim
* Kasihilah ailia' Allah Taala
* Berbaktilah kepada kedua ibubapa
* Berpegang teguh dengan hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk
7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka
* Banyakkan membaca al-Quran
* Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
* Tinggalkan perkara maksiat
* Jauhkan segala yang haram
8. Laluan untuk Memasuki Syurga
* Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah
* Merendahkah dri di antara semua makhluk Allah
9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW
* Kasihilah Nabi Allah
* Kasihilah Rasulullah SAW
* Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah
* Banyakkan selawat Nabi Muhammad SAW
10. Laluan untuk Bertemu Allah
* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
* Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah
* Bencikan segala yang diharamkan-Nya
Posted at 03:52 pm by Pena Biru
Permalink
Perlawanan mengikut garisan (Line Follower) ini merupakan perlawanan dimana robot perlu bergerak di sepanjang garisan yang ditetapkan dan mencatatkan masa terpantas untuk sampai ke destinasi yang ditetapkan.
Permukaan gelanggang dicatkan dengan cat berwarna putih (Sissons Tungolac – Off White (4046)) dan satu garisan dibuat menggunakan tali pita berwarna hitam. Tali pita ini bertindak sebagai garisan yang perlu diikuti oleh robot semasa perlawanan.
Semua 'pencipta' robot ini akan merekabentuk robot berautonomi yang mampu mengesan garisan hitam tersebut. Penciptanya juga harus mencipta supaya robot ini juga mampu untuk mencari arahnya kembali sekiranya terkeluar dari garisan hitam tersebut.

(Robot diatas dan di bawah sedang megesan garisan hitam)

Seperti F1 yang mempunyai pitstop untuk menambah minyak, menukar tayar dan sebagainya, perlawanan robot ini juga mempunya pitstop tersendiri dimana ia bertujuan untuk mengecas bateri dan lan-lain.

(Robot diatas sedang diselenggara di pitstop)
Itu sajalah yang dapat diceritakan tentang robot 'line followwer' ni. Robotik ni di adakan sempena hari Pemashuran Naib Canselor KUKUM.
Posted at 10:26 am by Pena Biru
Permalink