Jenis hantu dan sejarahnya...
1. Hantu Raya
- Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya.......kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.
2. Hantu Langsuir
- Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.
3. Hantu Stokin
- Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.
4. Hantu Jerangkung
- Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang.....kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.
5. Hantu Pontianak
- Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak...Lekatlah nama pontianak.
6. Hantu Penanggal
- Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari.....Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu.....dia pun mengilai semahunya.
7. Hantu Pocong
- Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita...kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!
8.Hantu Kom-Kom
- Berasal dari Hantu Komputer,macam ko rang yang suka main Komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia..disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer,..........komputer,komputer.akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM..shortcut dari Komputer jadi ler KOM..sahaja
Posted at 09:02 am by Pena Biru
Permalink

Terdapat dua planet dalaman yang terletak di antara bumi dengan matahari, iaitu Utarid (Mercury) dan Zuhrah (Venus). Dalam pergerakan orbit planet-planet dalaman berpusatkan matahari akan berlaku satu keadaan penjajaran antara matahari, planet dan bumi. Disebabkan orbit planet condong pada satu nilai tertentu, kedudukan satah matahari bumi dan matahari planet ketika penjajaran ini tidak sentiasa sama. Planet boleh berada ke utara atau ke selatan matahari. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu penjajaran ini berlaku secara sempurna, di mana matahari-planet-bumi berada segarisan dan sesatah. Fenomena ini dinamakan lintasan atau transit. Dengan tempoh mengorbit matahari mengambil masa 0.6 tahun (225 hari bumi), Zuhrah akan berada pada kedudukan penjajaran dengan matahari bagi ulangan tempoh masa tersebut. Kekerapan berlakunya fenomena transit planet Zuhrah pula berlaku sekali dalam tempoh terpendek 7 tahun atau terpaksa menunggu sehingga 100 tahun. Pada 8 Jun 2004 telah berlaku fenomena lintasan planet Zuhrah dengan matahari. Suatu yang ditunggu sejak fenomena terakhir berlaku pada tahun 1882. Dengan saiz Zuhrah 1/32 berbanding matahari, cakera Zuhrah hanya menutup 3% daripada permukaan matahari. Jika tersilap amati, planet ini seakan-akan titik sunspot matahari. Apa yang berbeza, ketika berlakunya lintasan ini, Zuhrah kelihatan sebgaai cakera yang merayap di permukaan matahari. Bagi ahli-ahli astronomi, fenomena lintasan Zuhrah merupakan acara besar cakerawala abad ini. Selain daripada menyemak ketepatan efemeris matahari dan planet, kajian terhadap atmosfera Zuhrah juga boleh dilakukan. Persoalan sama ada planet Zuhrah mempunyai atmosfera atau tidak, boleh terjawab. Mitos lama mengatakan planet Zuhrah tidak mengandungi atmosfera, tetapi kajian oleh Mikail Vasilyevich (1761) mengatakan sebaliknya. Analisis imej satelit juga menunjukkan Zuhrah mempunyai atmosfera. Pengesahan dijangka dapat dibuat dengan mengkaji imej bayang sebelum sentuhan pertama dan selepas sentuhan keempat. Manisnya, pengesahan ini boleh dilakukan oleh semua pemerhati yang melihat fenomena ini sebelum sentuhan pertama dan selepas sentuhan keempat.
Punca: http://imran.kusza.edu.my
Posted at 08:52 am by Pena Biru
Permalink